Lahad Datu: Pencerobohan dari Sulu


Amat menyedihkan bila kita seluruh Sabah digemparkan dengan berita pencerobohan di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 oleh sekumpulan MILF (Moro Islamic Liberation Front) yang dari sulu..Namun setelah rundingan dibuat dengan pihak penceroboh, masih juga tidak berganjak keluar dari Sabah.

Akhirnya, Malaysia digemparkan dengan berita yang amat mengejutkan bilamana pada 1 Mac 2013 telah berlaku insiden tembakan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Lebih menyedihkan lagi dalam tragedi tersebut telah terkorbannya 2 anggota komando VAT 69 iaitu, INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT dan KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD.

Yang turut tercedera iaitu KPL 135383 AZMAN B. AMPONGKPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM, dan KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI.


Walauapapun, mereka terkorban kerana berjuang sebagai perwira negara. Itulah semangat seorang polis mahupun tentera yang amat saya sanjungi kerana dari awal mereka masuk sebagai polis atau tentera, nyawa mereka akan menjadi gadaian demi mempertahankan keselamatan orang awam dan negara...

Saya terkilan dan terpukul dengan insiden yang berlaku. Namun, masalah ini masih lagi belum bertemu penghujungnya. Kami rakyat Malaysia masih tidak putus-putus mendoakan keselamatan pejuang-pejuang wira negara kita di perbatasan dan untuk keselamatan Negeri Sabah yang tercinta ini.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai kejadian pencerobohan ini kerana tidak ingin mengularkan informasi yang akan disangka buruk sebagai khabar angin. Sebaiknya kita hanya mendengar kepada pihak media yang lebih dipercayai atau dari pihak polis sendiri yang betul-betul berdepan dengan pencerobohan tersebut. Mereka lebih mengetahui apa yang sedang berlaku di sana.

Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham yang terkorban. Beribu berjuta orang boleh mengucapkan takziah namun realitinya hati seorang isteri amat menyedihkan bila tempat bergantungnya sudah pergi buat selama-lamanya...dan ini turut membuat saya tidak tertahan air mata saya mengenangkan nasib seorang isteri tanpa suami disisi. 


SALAM TAKZIAH dari saya...










Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014