Broken Vow - Phiplipine drama



Broken Vow sebuah drama Filipina yang sudah disiarkan di TV3 mulai 27 Februari 2013 dengan mengganti drama Filipina Legacy. 



Pelakon utama:

Bianca King - Melissa Santiago
Luis Alandy - Felix Rastro
Gabby Eigenmann - Roberto Sebastian
Rochelle Pangilinan - Rebecca Sta. Maria 



Sinopsis:
Drama ini mengisahkan tentang Melissa Santiago, seorang gadis yang cantik dan pintar. Sungguhpun latar belakakng kehidupannya yang tidak setaraf dengan Roberto Sebastian, kekasihnya yang juga merupakan anak seorang ahli politik yang kaya, namun mereka berdua sudah pun berjanji untuk hidup bersam-sama dengan melangsungkan perkhawinan. Namun, hari bahagia mereka runtuh apabila Melissa melalui peristiwa yang tidak dapat dilupanya seumur hidup. Dia diculik sekumpulan lelaki dan dirogol. Keadaan menjadi sulit apabila Melissa mengandung anak kepada lelaki yang merogolnya. Lebih teruk lagi, dia ditinggalkan Roberto semasa hari perkhawinan mereka kerana Roberto tidak mampu menerima anak yang dikandung oleh Melissa itu ialah anak perogolnya.

Sejak dari itu, Melissa merasa kehidupannya jatuh. Dia pernah membunuh dirinya namun diselamat oleh Felix Rastro, seorang lelaki yang kemudiannya menjadi penyelamat kehidupannya. Selama beberapa tahun, Felix membantu Melissa dan keluarganya untuk melalui saat-saat sukar yang dilalui oleh Melissa. Felix mula jatuh cinta pada Melissa. Melissa juga turut mulai jatuh hati pada Felix setelah dia berjaya membuka hatinya semula untuk menerima cinta dari lelaki setelah dia pernah dilukai oleh kekasihnya dahulu, Roberto. Saat bahagia mereka dikecapi bersama apabila mereka berdua ingin melangsungkan perkhawinan. Namun kedatangan Roberto semula ke hidup Melissa ingin meraih cintanya semula.

Berjaya atau tidak Roberto meraih cintanya semula? Adakah Melissa akan menerima cinta Roberto semula atau memilih Felix untuk menjadi suaminya? Saksikan Broken Vow di TV3.







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014