Antara penyakit hamster


  
 
Halloooo peeppp..!!! Tau ndak hamster pun boleh ada penyakit..?? Haaaaa...jangan terkejut kalo kamu mandikan hamster kamu dengan air dan esok harinya dia menghidap selesema/flu...! Jangan..! Jangan tidak percaya..!! Memang betul tu..! Hamster merupakan haiwan yang kecil dan mudah diserang penyakit jika tidak dijaga dengan cara yang betul. Memang benar senang untuk dijaga sebab dia kecil letak saja dalam cagenya dan beri makan minum tiap hari..namun kelalaian dalam penjagaan tu la boleh menyebabkan hamster kamu sakit...
Teeeettt..! Pic di atas ni hamster pet sa di rumah..yang sebelah kiri tu actually my little sis punya...mine punya hamster sebelah kanan..!! Panda..! hehe

Inilah dia antara jenis-jenis penyakit hamster:

1. Selesema/Flu
Punca: Ini terjadi apabila keadaan menjadi terlalu dingin untuk hamster. Oleh itu tempat letak cage hamster haruslah diambil kira untuk jangan letak di tempat yang terlalu dingin sungguhpun hamster memerlukan udara keluar masuk dalam sangkarnya. Kalo kamu menghidapi flu, jangan sesekali pegang hamster kamu sebab boleh terjangkit. Jangan juga mandikan hamster dengan air..!! Sebaiknya mandikan dia dengan sabun yang khas untuk hamster. 
Gejala: Bersin, hidung berair & merah, selalu duduk dalam posisi membungkuk
Cara atasi: Beri hamster air suam yang dicampur dengan sedikit madu, letakkan cage hamster di tempat yang kurang dingin, angin dan lebih hangat.



2. Wet tail / Ekor basah
Punca: Penyakit ini selalu terjadi pada hamster jenis syrian disebabkan bulunya yang agak gebu dan panjang berbanding jenis hamster lain. Punca utama berlaku penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria dan menyebabkan diare. Keadaan yang stress dan pemberian makanan yang tidak seimbang terhadap hamster menyebabkan hamster wet tail. Stress boleh dikatakan dari segi perjalanan yang jauh ketika kamu bawa hamster ke klinik vet, keadaan sekeliling dia. 
Gejala: Kurang makan, lemah, kurang bergerak dan kadang menunjukkan sikap yang agresif seperti berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi seperti mendengus.
Cara atasi: Suapkan makanan yang halus dengan tambah sedikit madu, letak sikit madu ke dalam airnya, bersihkan sangkar dengan gunakan sabun bakteria untuk membasmi kuman bakteria dalam sangkarnya contohnya dengan merendam sangkar dan peralatan hamster ke air panas untuk matikan kuman. Selepas keringkan sangkar hamster sekali-sekali guna pengering rambut untuk panaskan tempat hamster agas dia merasa suam-suam kuku dalam sangkarnya.-tips ini sangat berguna kerana sa selalu amalkan..!


3.Heat stroke
Punca: Penyakit ini terjadi disebabkan hamster terdedah pada udara yang sangat panas atau sinaran matahari. 
Gejala: Tidur terlentang luas, lemas, leher basah, bernafas lebih cepat dari biasa, berjalan sambil kepala miring
Cara atasi: Pindahkan hamster ke tempat yang berangin dan tidak terdedah dengan sinaran matahari, letakkan 2 atau 3 kiub ais dibalut dengan kain berdekatan dengan hamster kamu supaya suhunya kembali normal dan terasa dingin. 


4. Diare
Punca: Diare terjadi disebabkan pemberian makanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berlebihan. Sungguhpun hamster makan apa saja yang disuap kepadanya, namun diingatkan makanan seimbang amat perlu dititikberatkan si kecil hamster..!!
Gejala: ekor basah, mogok makan, najisnya yang berwarna kehijauan, lembik dan berbau
Cara atasi: Jangan beri makan sayur atau buah untuk sementara, beri teh chamomile, bersihkan sangkar sekerap yang perlu


5. Kutu
Punca: kutu yang berupaya labah-labah kecil berada di kulit hamster dan sangat jarang dilihat dengan mata kasar kita. Kutu ini kadang dijangkiti oleh kutu kucing atau anjing. 
Gejala: Bulu hamster mudah tercabut dan selalu bergaruk berlebihan dari biasa.
Cara atasi: bersihkan cage hamster sekerap yang mungkin dan mandikan hamster dengan barang mandian khas hamster. Jangan sesekali mandikan dia dengan air..!! Jika ada hamster berdekatan dengan dia, segera pisahkan mereka agar kutu tidak merebak.


6. Sembelit
Punca: Hamster yang kurang minum air atau mengunyah beddingnya yang kotor. Ini akan menyebabkan sistem pencernaannya mengalami gangguan dan seterusnya menyebabkan hamster susah untuk buang najis.
Gejala: Sakit perut dan mogok untuk tidak makan
Cara atasi: Berikan sayur seperti jagung atau kubis dalam kuantiti yang sederhana. Boleh berikan juga setitis minyak sayuran selain berikan air yang bersih.


7. Kencing batu/bladder stone
Gejala: Sering merasa sakit ketika buang air dan ada setitik kecil darah merah pada urinenya. 
Cara atasi: Tambahkan sedikit garam dalam air minumanya.







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014