All About Eve kembali di ntv7..!


All About Eve sebuah drama korea yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dulu..(sa rasa masa tu sa masih sekolah menengah lahh..) Masa tu belum banyak drama korea macam sekarang..masa dulu drama korea yang pertama disiar di tv3 ialah Winter Sonata. Lepas tu Autumn In My Heart..lepas tu drama ni..(kalo sa tidak silap la..hehe..)

Drama ni memang best laaa..!! banyak mengisahkan kekeluargaan, percintaan, persahabatan...sa suka watak si Sun Mi yang cumil sangat..! sangat innocent mukanya..memang serasi sangat dengan Hyong Chul..hehe sa suka juga watak si Young Mi sebab dia pandai betul tukar riak mukanya..hahahahaa..


Kalo siapa-siapa yang mau tengok drama ni semula boleh lah tengok di ntv7 ( Isnin-Jumaat Jam 12.00pm )..
Sa pun baru minggu lalu mula tengok semula..huhuhu memang best drama ni..

Drama: All About Eve
Theme Song: True Love by Fin.KL & You Can't Say by Mina
Reaired at: ntv7 ( Mon-Fri, 12.00p.m )
Episodes: 20
Cast:

Jang Dong Gun as Yun Hyong Chul
Park Chae Rim as Ji Sun Mi

Kim So Yeon as Heo Young Mi

Han Jae Suk as Kim Woo Jin

Sinopsis drama ini bermula dari Sun Mi seorang gadis yang begitu bahagia hidupnya dilimpahi kasih sayang dari bapanya yang bekerja sebagai kontraktor. Namun segalanya berubah apabila ayahnya memutuskan untuk membawa seorang gadis iaitu Young Mi ke dalam keluarga mereka. Latar belakang kehidupan Young Mi sangat berbeza dengan Sun Mi dimana dia telah ditinggal oleh ibunya dan ayahnya pula sentiasa mabuk. Dia tidak pernah merasakan hidup kekeluargaan yang bahagia.

Sun Mi awalnya gembira kerana mempunyai Young Mi sebagai kawan yang baik. Namun ternyata Young Mi sangat licik dan mempunyai perasaan yang kurang menyenangkan terhadap kehidupan Sun Mi yang begitu bahagia walaupun hanya disara oleh ayahnya. Ayah Sun Mi yang sangat baik hati telah membiayai pembelajaran Young Mi.

Namun tidak cukup dengan perhatian ayah Sun Mi, segala kepunyaan Sun Mi, dia ingin rampas termasuklah Woo Jin, seorang sahabat lelaki Sun Mi dari kecil yang juga menjadi lelaki yang disukai Sun Mi sejak dulu. Persaingan sengit bertambah apabila mereka mula masuk ke bangku kuliah dan mengambil jurusan komunikasi massa yang sama. Ternyata, Woo Jin juga mulai menyukai Young Mi lalu menyebabkan Sun Mi patah hati.

Sun Mi meneruskan pelajarannya dia London. Di sana, dia bertemu dengan Hyong Chul dan mereka mulai menjadi akrab kerana Hyong Chul selalu membantunya. Tidak lama kemudian, Sun Mi kembali ke Korea dan dia berpeluang menjadi pembaca berita di sebuah syarikat televisyen terkenal, iaitu pemiliknya adalah ayah Hyong Chul yang tidak lama kemudian Hyong Chul kembali ke Korea dan memegang jawatan pengarah di syarikat ayahnya itu.

Young Mi yang licik telah menyebarkan gosip yang penerimaan kerja dalam syarikat tersebut oleh Sun Mi dikatakan hubungan keakraban Sun Mi dan Hyong Chul, anak pemilik syarikat itu. Sun Mi yang berasa terkejut lalu pergi menemui pengarah syarikat dan ternyata memang Hyong Chul. Dia merasa marah dan kecewa kerana Hyong Chul tidak pernah menceritakan hal ini sewaktu mereka mula kenal.

Woo Jin yang juga bekerja sebagai cameraman di syarikat sama menambah rasa cemburu Hyong Chul kerana dia tahu masa lalu Woo Jin sama Sun Mi. Namun Woo Jin menjelaskan kepada Hyong Chul ialah lelaki yang disukai Sun Mi dan bukannya dia. Saat itu, Hyong Chul nekad untuk menambat perasaan Sun Mi dan bersedia melindunginya walau apa pun gosip atau tomahan yang dikaitkan antara dia dan Sun Mi yang boleh melukakan hati Sun Mi.

Hal ini menimbulkan lagi perasaan cemburu dan sakit hati Young Mi kerana Sun Mi mempunyai Hyong Chul, lelaki kaya yang mencintainya. Dia pun mula mengatur strategi untuk merampas perhatian Hyong Chul dan membiarkan Woo Jin yang dianggapnya tiada untung untuk dia.

Adakah Sun Mi memberi hatinya kepada Hyong Chul? Apakah Young Mi berjaya merampas perhatian Hyong Chul? Apa yang dilakukan oleh Woo Jin apabila Young Mi tidak mempedulikannya lagi?? Ketahui drama ini selanjutnya dia ntv7 yaaa...








Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014