Kadazandusun traditional food: Sup Manuk Lihing




Sup manuk lihing.  Gambar sumber dari sini

Sup manuk lihing atau sup ayam lihing ini merupakan makanan tradisi kaum kadazandusun. Campuran utama sup ini menggunakan lihing. Tau ka apa tu LIHING..?? 

Lihing tu sebenarnya sejenis minuman alkohol yang diperbuat menggunakan nasi pulut dan sasad (yis). Biasanya sup ayam masak lihing ini diminum untuk memanaskan badan, dan juga paling ngamlah kalau bagi bini kamurang yang baru saja beranak. Kununnya bagus untuk menyembuhkan bahagian peranakannya. So bagi suami-suami elok la kamurang sediakan sup manuk lihing ni.

Tau ka macam mana buat? Alaaaa...macam buat sup biasa ja begitu cuma bezanya bubuh lihing ja ikut kesedapan masing. Ada yang suka letak 1 botol..kalo ndak berapa suka banyak tu lihing boleh la letak setengah botol ja..masak sup ni kena guna halia juga. Lepas tu kalo kamu suka letak labu putih tu pun boleh juga. Ikut kesukaan masing-masing. Biasanya ayam yang digunakan ialah ayam kampung. Sebab tu la kena pastikan ayam tu betul-betul lembut selepas masaknya sebab ayam kampung ni agak keras sikit. Tapi ayam yang biasa sekarang dijual di supermarket pun boleh juga guna bah..jangan risau..:-)

Mamy sa pernah buat ni sup di rumah. Kadang memang ndak biasa minum sup begini sebab agak pahit sikit tapi orang bilang belajar untuk minum makanan tradisi sendiri. Hehehe.. 







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014