~...hargai lah orang yang kita miliki..~



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar :“cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu : “ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.” Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangan nya. Cikgu bertanya : kenapa tiada yang dipilih?”

Pelajar: “tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke hadapan mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik.mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi dah cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.”

Cikgu: “ ya itulah jawapannya..maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari yang lebih baik dari itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingat la orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Maupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi…”

~inspired by my love..~





Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014