Pengalaman pelihara hamster


Sebenarnya sa adalah lama sudah pelihara hamster. Actually bukan sa, but my little sister yang sudah pelihara dalam lebih kurang 5 ekor hamster. Tapi semuanya mati..:-( So sa tau and kadang-kadang tu sa tolong my sis jaga hamsternya.


Hamster bukanlah haiwan yang begitu senang dijaga sebab hamster perlu penjagaan yang khusus dan rapi. Yalah kalo juga hamster tu sakit dorang tidak dapat bagitau kita kan? Jadi perlu peka terhadap kelakuan hamster.

Hamster my sis yang sekarang punya ni kan (namanya Ganmo) pernah kena "wet tail". Sebelum ni sa pernah huraikan apa itu "wet tail" kan di entri sini. So, kami pernah bawa dia pergi jumpa doktor vet..tapi yang menghairankan betul, doktor tu dia tengok-tengok dia cakap macam tiada apa-apa sakit juga ni hamster. Adduuuuiii dari jauh kami datang boleh-boleh itu saja doktor cakap hamster tu tiada sakit pa-pa..??!! OK..!! lepas tu me and my sis pun bawa pulang lah. For some days, kami jaga dia..kasi bersih cagenya..rendam dengan air panas..bagi makan minum yang cukup...juga kami stop bagi dia makan kuaci..coz sebelum terjadi ni kami selalu kasi makan kuaci. Ada juga kami buat search di internet pasal ni wet tail...So sampai tahap di mana time malam ni, si Ganmo lari sana-sini sambil mengeluarkan bunyi dengus begitu. Tidak pernah nampak dia begitu. Kami kasi keluar dia dari cage pun tetap sama juga ada bunyi dengusan nya tu... Kami sangat risau betul dengan keadaannya begitu. 

Lepas tu kami ada bawa lagi pergi jumpa klinik vet yang lain tapi tiada pula doktornya. Malang betul ohh... Sejak dari tu, si Ganmo langsung tiada dapat rawatan dari doktor vet. So kami pun terus jaga dia sejalah. Sentiasa bersihkan cage dia dan rendam dengan air panas. Kami bagi juga dia makan makanan hamster yang khas tu macam bentuk keropok warna hijau sebab tu makanan hamster ada vitamin. Airnya pun kami sentiasa letak vitamin khas hamster. Selain tu, kami kasi jarakkan cage si Ganmo dengan cage si Panda (hamster sa). Sebab ada pernah terbaca "wet tail" kadang berpunca dari stress yang disebabkan kehadiran hamster lain yang buat dia rasa terancam. So, kami pun jarakkan cage dua hamster. Cage si Ganmo letak di bawah meja kecil dan cage si Panda letak di atas meja tu.

Dalam lebih kurang sebulan, kami perasan si Ganmo tidak lagi basah tail nya...Kalo sebelum ni tiap hari basah seja tailnya..tapi lepas penjagaan yang rapi dari cagenya, makan dan minumnya kami jaga, syukurlah si Ganmo sampai sekarang masih lagi hidup...Memang happy lah sebab kami sendiri yang merawat dan menjaganya sampai dia sembuh. Yala, sebelum ni my sis ada pelihara hamster langsung tidak tahu apa-apa penjagaan tentang hamster. Tapi sekarang kami sentiasa jaga kesihatan dan kebersihan durang..

Setakat ni tu seja pengalaman yang sa boleh kongsikan masa pelihara hamster..Pada yang ada hamster, sila jaga bagus-bagus hamster kamu..jangan biarkan dia sakit. Sebab tu nyawa juga. Jaga dan sayanglah hamster kamu sebaik mungkin..:-)







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014