Gugurmu di medan bukan keinginan sesiapa pun...namun gugur mu adalah perwira bangsa Malaysia..!! Sesungguhnya, Tuhan lebih menyayangi kamu wahai perwira bangsa..! Kami 1 Malaysia amat terpukul dan bersedih kerana pemergian pejuang-pejuang kita yang telah gugur dalam serang hendap di Semporna, Sabah.
Jika hari jumaat lalu kita dikhabarkan kehilangan 2 pejuang perwira kita, selepas hari tersebut kita dikhabarkan lagi seramai 6 pejuang kita yang terkorban dalam insiden di Semporna itu. Menyedihkan bukan kalau kamu sebagai isteri atau anak-anak kepada perwira-perwira ini yang telah hilang tempat bergantung mereka dan kehilangan kasih sayang seorang suami dan bapa?? Memang cukup menyedihkan..
Inilah dia barisan perwira kita yang telah terkorban. Sungguh menyayat hati bukan? Apa-apa pun terkorbanya mereka akan mendapat bahagian dariNya. Semoga roh mereka bersemadi dengan tenang dan tenteram...:((
Sesungguhnya, tiada apa yang kita mahu harapkan selain daripada keamanan di Sabah ini kembali tenang seperti sedia kala. Kita juga sentiasa mengharapkan kepergian para petugas ke Sabah dan kepulangan mereka dengan selamat ke pangkuan keluarga mereka yang tercinta. Namun hidup mati bukan kita tentukan. Cuma mampu berdoa agar semua pejuang-pejuang kita sentiasa dilindungi Tuhan.
Salam takziah dari saya kepada keluarga anggota pegawai polis yang terkorban..
No comments:
Post a Comment