Kadazandusun traditional food: Hinava



Gambar: Hinava ini dibuat oleh family sendiri.
Jom kenali makanan kaum Kadazandusun dari Sabah iaitu Hinava (Raw fish salad)
Hinava ialah makanan tradisi kaum Kadazan Dusun dan merupakan makanan yang terkenal dalam kaun Kadazan Dusun. Hinava menggunakan ikan mentah yang segar yang kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain. Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tenggiri. Umumnya, ikan yang digunakan untuk membuat hinava tidak akan dimasak. Oleh itu, sebelum membuat hinava, ikan tersebut perlu dicuci dengan bersih. 


Bahan-bahan:
Ikan tenggiri
Limau nipis/cuka
Bawang merah
Halia
Cili merah
Garam
Gula
Lobak merah (jika mahu)



Bahan A: 
1. Cuci ikan tenggiri dengan sebersih yang mungkin.
2. Hiris ikan tenggiri dengan mengunakan sudu untuk mengambil isinya sahaja. Letakkan di satu bekas yang besar.
3. Bubuh sedikit garam dan gula untuk hilangkan mengurangkan kepahitan. Gaulkan.



 Bahan B:
1. Hiris halia, bawang merah, cili merah dan lobak merah dengan halus dan kecil. Bahan-bahan ini akan dicampur dengan hirisan isi ikan tenggiri.



Cara buat:
1. Peramkan isi ikan tenggiri tadi dengan limau nipis. Kalau tidak cukup limau nipis, boleh gunakan cuka. (Sebab ini ikan termasak dengan sendirinya bila dicampur dengan limau nipis atau cuka yang bersifat asid)

 
2. Campurkan bahan B. Gaulkan. Ikan itu akan masak apabila warna ikan itu bertukar jadi warna putih seperti dalam gambar bawah.
3. Bubuh limau nipis/cuka jika perlu.

 
 Selepas siap simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang. Sebab masa sejuk baru sedap dimakan.
 Hiaskan dengan kreativiti sendiri jika kamu ingin hidangkan kepada tetamu pada hari perayaan ka..hihi

Hinava ni saya dan family hidang pada Hari Natal.
 ** Senang seja buat ni..dan sangat sedap...cubalah buat di rumah kamu..selamat berjaya..!**


 Sedikit sumber dari sini








Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014