Basic about hamster


 
 

Halooo peeppss..!! Hehe malam-malam ni mau cerita pasal hamster..actually sa ada pelihara hamster...umurnya sa ndak tau sebab sa beli hamster ni masa di tamu minggu...ada agak-agak 4 bulan suda la hammy sa ni plihara ni..hehe i'm so happy coz ni 1st time sa plihara pet and sa harap boleh tahan lama la..hehe

Lain crita...before plihara pet macam hamster ni kena la tau perkara asas-asas. Sebab hamster ni antara pet yang paling senang dijaga sebab dia kecil..tapi paling senang sakit kalo tidak dijaga dengan betul...Of coz kalo nekad mau bela pet, $$$ pn kena guna banyak juga..yela kan nyawa haiwan ba tu..mesti la kena jaga betul-betul...

Ni la dia antara basic yang perlu kamu tau:
1. Sangkar / Cage










Cage untuk hamster mestilah bersesuaian dengan hamster kamu. Namun untuk keselesaan, beli la cage yang agak luas sikit untuk si hammy kamu supaya dia boleh berjalan berlari lompat putar-putar dalam kawasan nya tu. Pilih yang jenis mudah keluar masuk angin punya macam di atas. Sebabnya hamster ni mudah kepanasan dan alami heat stroke. Tak tahu heat strok? nanti sa bagitau...Dan lagi satu kalo beli yang luas punya cage boleh letak banyak peralatan untuk dia. macam rumah untuk dia tidur..roda untuk dia..HAAAA...elakkan beli jenis aquarium punya sebab pengudaraannya tidak bagus untuk kesihatan si hammy kamu...!


2. Botol air














Botol air ni perlu sebab untuk si hammy kamu minum. Lebih baik beli botol air yang boleh digantung seperti gambar di atas sebab senang untuk hamster minum. Jangan letak air dalam satu bekas dan letak dalam sangkarnya untuk air minumannya kerana si hammy kamu mungkin akan menumpahkan air tersebut dan jika dia mandi dalam bekas tersebut, kemungkinan hammy kamu akan senang dijangkiti selesema.!


3. Bedding


Bedding ni amat diperlukan untuk penyerapan kencing si hammy. Seelok-eloknya guna lah bedding yang lembut dan anti bakteria. Ada juga bedding yang mengandungi haruman. Jika nak beli bedding, carilah yang mempunyai haruman sebab ia lebih tahan lama. Tukarkan bedding hammy kamu at least 2 kali seminggu atau ikut keperluan hammy kamu. Untuk tau lebih lanjut penjagaan hammy, nanti sa bagitau.:-)

4. Peralatan lain


Peralatan lain termasuklah permainan hamster seperti roda, terowong tangga dan lain-lain permainannya. Peralatan sebegini amat penting bagi hamster kerana mereka jenis yang aktif (namun hanya waktu malam..) Tanpa peralatan sebegini, hammy kamu mungkin akan malas dan mula mengalami obesiti..!! Haaaaa..!! kamu fikir manusia seja bole obes??? Haiwan kecil macam hamster pun boleh obes taauu..!! (macam hammy sa rodanya patah...sa belum ada kesempatan untuk beli baru untuk dia..sekarang dia asyik tidoooooo je..!! tapi alternatif lain sa selalu bagi dia jalan-jalan luar sangkarnya..hehe)


5. Makanan dan minuman


Pastikan kamu tahu apa yang hamster makan..!! Jangan beri hamster makan sembarangan walaupun hakikatnya hamster ni jenis yang main sumbat ja makanan dalam kantung mulutnya tu... pastikan makanan dan minuman hamster sentiasa ada sebab kadang-kadang hamster ni kuat makan walaupun ia sangat kecil..! hehe..





Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014