Sebelum mau ambil hamster sebagai pet kamu di rumah, eloklah kamu tahu jenis-jenis hamster yang boleh bersesuaian dengan kehendak kamu. Ini memang penting sebab lain jenis hamster ada penjagaannya yang lebih khusus.
1. Hamster syrian
Panjang tubuh: 16-18cm
Kitaran hidup: 2-3 tahun
Cara hidup: persendirian
Kitaran hidup: 2-3 tahun
Cara hidup: persendirian
Hamster jenis ini biasanya di panggil "Golden Hamster" atau "Teddy Bear Hamster" berikut bentuk hamster yang sangat gebu seakan-akan teddy bear. Hamster ini kebanyakannya mudah didapati di kedai-kedai haiwan kerana hamster jenis ini yang selalu dijual di kedai haiwan. Hamster jenis ini amat mudah untuk dijinakkan. Oleh itu, untuk memelihara hamster, sesuai untuk jenis ini. Di alam kehidupannya yang liar, hamster ini memang hidup dalam bersendirian. Oleh itu, jika kamu hendak memelihara dua hamster syrian, pastikan seekor satu sangkar dan jangan satukan mereka dalam satu sangkar. Ini boleh mengundang pergaduhan yang amat teruk. Sebaiknya pelihara hamster dari saat mereka kecil yang masih tinggal bersama adik-beradiknya yang lain agar mereka terbiasa dari kecil sehingga mereka dewasa. Hamster ini adalah terbesar dan terpanjang antara lain-lain jenis hamster.
2. Hamster Campbell
Panjang tubuh: 8-12cm
Kitaran hidup: 2-2.5 tahun
Cara hidup: berkumpulan
Hamster campbell atau dikenali sebagai "Dwarf Campbell's Russian Hamster" ini sangat comel dengan bentuk badannya yang mini. Bagi sukakan hamster yang kecil eloklah pelihara hamster jenis ini kerana terdapat pelbagai variasi jenis dan warna bulu hamster ini. Namun jenis campbell hamster yang normal mempunyai warna kuning gelap kecoklatan dengan garis hitam di punggung dan mempunyai bulu yang panjang di sekitar kaki. Hamster jenis ini hidup dalam berkelompok. Justeru, tiada masalah bagi kamu jika ingin pelihara hamster jenis ini dalam jumlah yang banyak dan letak dalam satu sangkar yang luas.
3. Hamster Roborovski
Panjang tubuh: 4-5.5/6cm
Kitaran hidup: 2.5-4 tahun
Cara hidup: Berkumpulan
Panjang tubuh: 4-5.5/6cm
Kitaran hidup: 2.5-4 tahun
Cara hidup: Berkumpulan
Hamster ini berasal dari Mongolia Timur wilayah utara daratan China dan berukuran paling kecil di antara hamster mini yang lain. Hamster ini sangat lincah dan susah untuk dijinak. (Namun jika kamu mahu pelihara hamster ini, pandai-pandailah kamu untuk jinakkan nya..) Hamster ini mempunyai 2 jenis warna bulu. Yang normal mempunyai warna putih di atas mata dan batang hidungnya hingga ke punggungnya berwarna coklat pasir keemasan dengan perutnya yang berwarna putih. Manakala White Face mempunyai warna bulu yang putih di seluruh wajahnya. Hamster jenis ini mempunyai ekor (tail) yang sangat pendek. Umumnya, hamster jenis ini hidup dalam berkelompok walaupun kadang banyak terjadi pergaduhan sesama sendiri. Hamster ini di antara yang paling lama mempunya jangka hidupnya.
4. Hamster Winter White
Panjang tubuh: 7-9cm
Kitaran hidup: 2-2.5
Cara hidup: berkumpulan
Hamster Winter White adalah jenis yang paling sama dengan hamster campbell. Hamster jenis ini berasal dari padang rumput luas dan bersalji di wilayah utara Kazakhtan dan Siberia. Sesuai dengan namanya, bulu hamster ini akan berubah menjadi putih seakan-akan warna salji apabila berada di udara yang dingin dan sejuk kerana asal hamster ini dari persekitaran yang sejuk dan dingin. Justeru, hamster ini sesuai dalam keadaan cuaca yang sejuk dan tidak terlalu panas.(Agak-agak cuaca di Malaysia sesuai atau tidak untuk hamster ini???)
5.Hamster Cina
Panjang tubuh: 10-12cm
Kitaran hidup: 2-2.5 tahun
Cara hidup: Bersendiri
Hamster Cina berasal dari daratan utara China dan Mongolia. Hamster ini tidak jauh beza saiz tubuh badannya dengan hamster mini dwaft yang lain namun ianya bukan termasuk dalam Hamster Mini dan Dwaft Hamster. Selain itu, ekor hamster ini agak panjang berbanding jenis hamster yang lain. Hamster ini tidal lebat bulunya jika dibandingkan dengan hamster yang lain. Hamster Cina yang normal mempunyai warna kelabu dan warna coklat gelap dan warna bulu yang putih di bahagian perutnya.
Di Fohsang masih buka kah kedai Hamster sna?
ReplyDeletehamster kalo dipelihara gampang gak sih? cepet mati gak?
ReplyDeletesaya mempunyai 2 hamster untuk diberikan percuma.. self pickup area pulau pinang (pulau).. alasan sebab saya alahan.. jika ada yang berminat boleh direct call or whatsapp saya http://www.wasap.my/+60174060453
ReplyDeleteada lg ka puan
DeleteInfo yang sangat berguna bagi newbie.. thank you admin
ReplyDelete