Sebenarnya Saya Isteri Dia


Yaaa..!! memang betul saya isteri dia..isteri si Aaron Aziz..! waaahh..!! hahahahaaa..habis sa nanti kena saman oleh isteri si Aaron Aziz...heh allaaaaa gurau seja bahhh...jangan lah bah serius2..nda bagus untuk kesihatan muka...nanti banyak kedut2..hehe



Sebenarnya Saya Isteri Dia ni sebuah drama melayu yang ditayangkan baru ja tadi di TV3 jam 9-10p.m...


Tarikh Mula Bersiaran : 29hb Mac 2013 ( 9.00PM)
Slot : Zehra ( Setiap Jumaat)
Jumlah Episod : 13 Episod
Terbitan : Primeworks Studios (arahan Raja Ahmad Alaudin)
Pelakon : 
Watak utama:
                 Tiz Zaqyah - Syafa Aqira 
                 Izzue Islam - Firash Arshad

Watak pembantu:
                 Qi Qushairi - Haqimy
                 Uqasha Senrose - Rania
                 Azlee Khairi - Raimy 
                 Fezrul Khan - Farish
                 Zuhairi Ibrahim - Datuk Fakhrul
                 Wilma - Datin Farizah
                 Marisa Yasmin - Puan Aida 

Adaptasi Dari Novel : Sebenarnya Saya Isteri Dia
Sinopsis Ringkas : Mengisahkan Syafa Aqira dan Firash Arshad yang ‘terpaksa’ berkahwin demi menjaga maruah keluarga, pelbagai dugaan menanti mereka berdua sebelum mengenali cinta dan mengecapi kebahagiaan


Sinopsis
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash kecewa. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.


## Agak-agak sekarang famous amos juga kan khawin paksa ni kan...dalam dunia realiti sekarang kamu tengok ada ka selalunya terjadi begini..?? rata-rata sa tengok macam khawin dengan pasangan kesayangan dorang ja pun...kuikuikuikui...






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014