Petua untuk sihat dengan cara mudah



Sebenarnya kalo mau sihat kena jaga dari segi pemakanan dan senaman. Bagi orang yang titikberatkan pemakanan, baguslah sebab pemakanan yang sihat dan seimbang boleh mengawal pertambahan lemak di badan tu. Namun, senaman juga perlu dilakukan untuk meningkatkan kesihatan kita.

Dalam banyak-banyak senaman lah kan, sebenarnya ada 3 jenis senaman seja yang paling efektif kalo kamu boleh lakukan dengan konsisten. Tidak perlu susah payah keluar pergi lari joging. Tidak payah nak pergi gim ka untuk jadi sihat. Tapi kalo nak bentukkan badan, gim amat sesuai. Tapi disini sa tekankan senaman untuk turun berat badan dan pecahkan dan hilangkan lemak-lemak terutamanya di sekitar perut dan mana-mana bahagian badan yang berlemak.

Antara 3 senaman yang paling senang dan efektif ialah bangkit tubi (sit up), skipping, dan lompat bintang. Sa mendapat info ini dari seorang kawan yang sangat menjaga badannya. Jadi dia syorkan sa untuk buat 3 jenis senaman ni saja memandangkan sa banyak lemak di perut kaki dan tangan. Di bahagian perutlah sangat ketara lemaknya..huhuhu


Macam yang kamu tau bangkit tubi/sit up tu boleh menguatkan otot perut. dan secara tidak langsung boleh mengempiskan perut. Jadi bagi sesiapa yang perutnya agak boroi bolehlah buat bangkit tubi ini. Tapi ingat kena konsisten. Dan kalo boleh buatlah dalam 3 set dan setiap set tu sebanyak 20 kali sit up. Lakukan setiap kali bangun dan sebelum tidur. Bangkit tubi banyak caranya tu. Jadi pilihlah mana satu cara bangkit tubi yang kamu mahu.


Skipping dan lompat bintang tu memerlukan tenaga yang banyak sebab itu perlu melompat. 2 senaman ini sebenarnya bagus sebab ia meningkatkan stamina, memecah dan mengurangkan lemak, turunkan berat badan dan semua otot kita terguna dalam senaman ini. Senaman ni juga lebih baik dari joging. Sa pernah amalkan senaman skipping ni masa sa masi belajar di U, dan salah satu kesan yang sa dapat rasa ialah sa tidak mudah rasa penat dan lelah biarpun banyak pergerakan dan tenaga yang digunakan. Sa turun naik tangga pun tidak cepat rasa penat. Ni senaman sangat ngam untuk wanita yang kerja dari pagi sampai petang dan jika tiada masa untuk joging, beli lah satu tali skipping atau buat lompat bintang di kediaman rumah. Tidak perlu pergi komplex sukan untuk joging. Buat senaman ni saja memang lebih dari cukup.

Lompat bintang

Jadi 3 senaman ni kamu boleh buat di rumah kamu seja. Bangkit tubi kamu boleh buat dalam rumah, skipping dan lompat bintang boleh buat di luar rumah. Mudahkan? Jadi buatlah mulai dari hari ni...

Ingat BANGKIT TUBI/SIT UP , SKIPPING, LOMPAT BINTANG..







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014