Tips hubungan jarak jauh? macam mana nak kekalkan?


Hubungan jarak jauh? Long distance relationship? haaa...dengar ja ayat ni mesti akan fikir "jauhnya pasangan saya..". Sebenarnya skrg ni pun sudah ada macam2 trend relationship. So disini saya nak kongsi sedikit tips untuk hubungan jarak jauh...bagi saya inilah antara elemen-elemen yang pentinglah. up to you if you want to believe it...hehehe 




1. Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita mestilah percaya dengan dia.Betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. Percaya umpama tiang rumah yang penting dalam dalam pembuatan rumah.Tanpa kepercayaan, rumah tu takkan dapat berdiri tegak.

2.Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati  menjadi sunyi. Dan pada masa inilah hati kita akan digoda dengan persekitaran kita seperti terlihat pasangan yang sedang berduaan.mungkin dari sana kita akan mencari jalan negatif untuk menceriakan hati kita yang sunyi dengan mencari pengganti si dia dan berlaku curang.Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

3.Berjumpalah walaupun seketika
Cuba jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen.  Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.jika ada cuti, luangkanlah sedikit masa untuk berjumpa dengannya. pasti si dia akan teruja untuk berjumpa setelah berendam dengan kerinduan yang mendalam.

4.Selalu berhubung.
walaupun jauh adalah tidak menjadi penghalang bagi pasangan untuk berhubung. sentiasa memastikan diri berhubungan dengan dia amat penting agar rasa antara kamu berdua tidak hilang ditelan jarak dan masa. bukanlah 24 jam nak melekat di handphone je sms ngan dia. tapi pandai membahagikan masa untuk dirinya dan juga diri sendiri.

5.ingat hari-hari penting.
bukan senang untuk mengingati hari-hari penting tentang kamu berdua. mana mahu ingat perkara-perkara lain sambil ingat hari-hari penting memang susah. Birthday dia dan ulang tahun kamu berdua mula bercouple merupakan perkara yang harus dan wajib diingat oleh pasangan masing-masing. namun jika anda sentiasa mengingati peristiwa-peristiwa yang indah antara kamu berdua, kongsilah bersama pasangan agar perasaan antara kamu berdua sentiasa hidup.

6.Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

7.Sentiasa buat pembaharuan
disini saya maksudkan sentiasa membuat sesuatu yang lain daripada yang biasa anda lakukan untuk dia dapat memberi pembaharuan dalam hubungan kamu berdua. jika anda sering makan ayam dalam 1 minggu pastinya anda akan bosan kan? sama juga dalam hubungan. sentiasa melakukan sesuatu yang lain seperti mengambil gambar masakan yang baru sahaja anda masak dan selitkan ayat-ayat cinta seperti " syg makanan ni sya masak.cpt plg ya.." walaupun hakikatnya dia jauh dari anda. perbuatan sebegini pasti buat dia tersenyum sendiri.

haha..tu saja yang dapat saya bgi..gud luck! 






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014