bagi saya..ni la 20 tanda kalao lelaki itu serius dalam percintaan..hehe ba baca-baca..jangan tak baca..:-)
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat
apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda
si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki
anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu
melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu
membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh
melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya
setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang
akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu
memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan
mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir
begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya
apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang
yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh
menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh
menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia
merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai
tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian
daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih
daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali
cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah
teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa
bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You
masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu
tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab
itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia
sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan
lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan
cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa
berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting
dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak
percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org
terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia
berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
No comments:
Post a Comment