50 perkara tentang lelaki


haliiuuu...hari ni sa mau share sikit tentang lelaki..haha memang kita tidak boleh memahami jantina lain sebab kita bukan mereka..so sedang-sedang sa blogwalking terjumpa pula artikel ni di blog ni..hehe

Harap-harap sedikit-sebanyak artikel ni boleh membantu ladies-ladies untuk faham lelaki lebih baik.. jadi sejauh mana kebenaran artikel ni mengenai lelaki? bacalah untuk tahu betul atau tidak...


  1. Lelaki tahu apa yang wanita inginkan namun bila setiap waktu lelaki terus mengikuti kemahuan wanita, tahap kesabaran ada hadnya.
  2. Lelaki senang bersifat romantis. Percaya atau tidak, lelaki senang memeluk dan memberi ciuman mesra sebanyak yang wanita inginkan. Lelaki hanya memerlukan suasana dan mood yang sesuai.
  3. Jika lelaki yang anda sayangi tidak menghubungi anda itu bukan bererti bahawa dia tidak menyukai anda, tetapi itu adalah cara lelaki merasa bahawa tidak semudah itu mendapatkan mereka. Tentu saja lelaki senang jika ada wanita yang menelefon mereka terlebih dahulu. Kadang kala lelaki senang dengan wanita yang agak agresif.
  4. Lelaki suka membuat wanita merasa selesa secara fizikal mahupun emosi, namun anda harus memberitahu lelaki apa yang anda ingin lelaki lakukan. Lelaki bukanlah makhluk yang serba tahu, namun jika anda mengatakan secara jelas apa yang anda inginkan dan harapkan umpamanya anda ingin disentuh, percayalah lelaki tidak akan menolak.
  5. Lelaki tidak peduli akan penampilan. Jika wanita tidak peduli penampilan lelaki maka lelaki juga tidak akan ambil kisah. Pada dasarnya lelaki adalah makhluk yang tidak rapi. Lelaki akan berpenampilan lebih baik demu wanita yang dia cintai. Tapi jika anda membiarkan lelaki, maka jangan hairan jika lelaki senang membiarkan diri tampil ringkas seperti seadanya.
  6. Kadangkala lelaki senang jika wanita berperanan sebagai ibu mereka. Kaum lelaki juga memiliki sifat keanak-anakan dalam diri mereka. Mereka senang dipeluk dan diberi masakan yang enak. Sejujurnya lelaki tidak keberatan menolong jika anda mengingatkannya akan janji temu dengan doktor gigi.
  7. Lelaki tidak keberatan didandan. Sebetulnya lelaki berharap anda akan memberitahu pakaian apa yang dikenakan.
  8. Lelaki juga takut terluka. Setiap lelaki takut kehilangan seseorang yang disayangi.
  9. Lelaki suka membisu. Wanita berupaya untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Namun lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
  10. Lelaki tidak kompleks. Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan beerti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang      sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
  11. Jangan paksa lelaki. Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaannya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
  12. Lelaki berahsia dengan lelaki lain. Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain. Adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
  13. Lelaki pentingkan kejujuran. Seperti mana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumah tanggannya.
  14. Lelaki perlu keselesaan perasaan. Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita.
  15. Lelaki tidak suka dikritik. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
  16. Lelaki juga mahukan sokongan. Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan seperti kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang…” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang.”
  17. Lelaki mempunyai egonya sendiri. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
  18. Lelaki mesra tanpa beremosi. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas kemesraan seksual , kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
  19. Lelaki suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya.
  20. Lelaki diumpan menerusi matanya. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki.
  21. Pujuklah dia walaupun terpaksa. Lelaki mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama hal membangkitkan perasaan.
  22. Lelaki mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
  23. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap sombong dan angkuh. Ini membuatkan lelaki jelak untuk mendampingi wanita.
  24. Lelaki menyenangi wanita yang pandai memasak kerana ia merupakan ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan wanita. Lelaki mengharapkan wanita yang akan menjadi isterinya mampu memasak untuk dirinya.
  25. Lakukan apa yang lelaki suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Cuba selami isi hatinya dan ketahui apa sebenarnya perkara yang dia suka dan tidak suka dalam hidup.
  26. Lelaki menyenangi wanita yang baik dan lemah lembut. Dengan kelembutan pada seorang wanita akan membuatkan lelaki cepat cair terutamanya dalam suasana yang tegang.
  27. Lelaki tidak suka dikongkong oleh wanita. Mereka rasa rimas dengan situasi tersebut dan tidak mahu kebebasan mereka disekat.
  28. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Perhatian mereka akan tertumpu hanya pada anda.
  29. Jaga  penampilan anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Jangan berpakaian selekeh, tidak kena pada gaya dan sentiasalah kelihatan cantik.
  30. Sering memberikan kad ucapan pada setiap kali hari istimewanya. Si dia akan terasa dihargai dan akan membalas huluran cinta anda.
  31. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu sayangi, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memikat dan menawan hati si dia.
  32. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama dengan mereka. Ini akan membuatkan dia bosan dengan sikap anda dan akan jadi menyampah.
  33. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lelaki suka dengan perempuan yang pandai membawa diri dan mereka rasakan wanita seperti ini boleh dijadikan isteri.
  34. Lelaki amat menyenangi wanita yang berdikari. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  35. Jangan suka bercakap perkara yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. Mereka akan terasa rugi, sia-sia dan membuang masa apabila bersama anda.
  36. Jangan bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah kamu kenali. Pantang bagi lelaki jika mereka dibandingkan dengan orang lain dan mereka terasa ego mereka tercabar.
  37. Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantik. Lelaki juga sama seperti kanak-kanak yang perlu dimanja, dibelai dan dijaga hatinya.
  38. Bunyi derap kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. Ia mampu membuatkan lelaki berpaling melihat anda dengan mata tidak berkelip.
  39. Lelaki tidak suka jika wanita mengenakan mekap yang terlalu tebal. Lelaki lebih tertarik dengan kecantikan dan keindahan semula jadi wanita.
  40. Lelaki suka wanita yang tahu menghormati dan pandai mengambil hati ibu, ayah dan keluarganya.
  41. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku amat diperlukan. Namun, kadang-kadang perlu juga untuk bersikap manja.
  42. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu menunjuk bahawa dia terlalu baik dan sempurna. Ini membuatkan lelaki berasa jelak dan bosan dengan perangai kamu.
  43. Lelaki akan rasa meluat jika wanita perasan mempunyai paras rupa yang jelita. Ini seolah-olah menunjukkan anda ini seorang yang perasan dan bangga diri.
  44. Lelaki akan mencari wanita yang tahu berjimat cermat dan sederhana untuk dijadikan isteri.
  45. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu. Kulit yang bersih melambangkan anda seorang yang prihatin tentang kecantikan diri.
  46. Lelaki tidak suka wanita bersikap kuno. Ini akan membuatkan lelaki rasa tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan denganmu dan menganggap wanita ini bebal.
  47. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama agar dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah dan dapat menjadi isteri solehah.
  48. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. Ini akan membuatkan lelaki rasa meluat dan bengang dengan sikap kamu. Ubah sikap buruk anda.
  49. Lelaki suka wanita yang tidak terlalu meminta dan tidak materialistik. Terima seadanya.
  50. Lelaki menyukai wanita yang berani membuat pembaharuan dalam melayari hubungan intim.







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014