Tips hubungan jarak jauh? macam mana nak kekalkan?


Hubungan jarak jauh? Long distance relationship? haaa...dengar ja ayat ni mesti akan fikir "jauhnya pasangan saya..". Sebenarnya skrg ni pun sudah ada macam2 trend relationship. So disini saya nak kongsi sedikit tips untuk hubungan jarak jauh...bagi saya inilah antara elemen-elemen yang pentinglah. up to you if you want to believe it...hehehe 




1. Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita mestilah percaya dengan dia.Betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. Percaya umpama tiang rumah yang penting dalam dalam pembuatan rumah.Tanpa kepercayaan, rumah tu takkan dapat berdiri tegak.

2.Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati  menjadi sunyi. Dan pada masa inilah hati kita akan digoda dengan persekitaran kita seperti terlihat pasangan yang sedang berduaan.mungkin dari sana kita akan mencari jalan negatif untuk menceriakan hati kita yang sunyi dengan mencari pengganti si dia dan berlaku curang.Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

3.Berjumpalah walaupun seketika
Cuba jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen.  Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.jika ada cuti, luangkanlah sedikit masa untuk berjumpa dengannya. pasti si dia akan teruja untuk berjumpa setelah berendam dengan kerinduan yang mendalam.

4.Selalu berhubung.
walaupun jauh adalah tidak menjadi penghalang bagi pasangan untuk berhubung. sentiasa memastikan diri berhubungan dengan dia amat penting agar rasa antara kamu berdua tidak hilang ditelan jarak dan masa. bukanlah 24 jam nak melekat di handphone je sms ngan dia. tapi pandai membahagikan masa untuk dirinya dan juga diri sendiri.

5.ingat hari-hari penting.
bukan senang untuk mengingati hari-hari penting tentang kamu berdua. mana mahu ingat perkara-perkara lain sambil ingat hari-hari penting memang susah. Birthday dia dan ulang tahun kamu berdua mula bercouple merupakan perkara yang harus dan wajib diingat oleh pasangan masing-masing. namun jika anda sentiasa mengingati peristiwa-peristiwa yang indah antara kamu berdua, kongsilah bersama pasangan agar perasaan antara kamu berdua sentiasa hidup.

6.Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

7.Sentiasa buat pembaharuan
disini saya maksudkan sentiasa membuat sesuatu yang lain daripada yang biasa anda lakukan untuk dia dapat memberi pembaharuan dalam hubungan kamu berdua. jika anda sering makan ayam dalam 1 minggu pastinya anda akan bosan kan? sama juga dalam hubungan. sentiasa melakukan sesuatu yang lain seperti mengambil gambar masakan yang baru sahaja anda masak dan selitkan ayat-ayat cinta seperti " syg makanan ni sya masak.cpt plg ya.." walaupun hakikatnya dia jauh dari anda. perbuatan sebegini pasti buat dia tersenyum sendiri.

haha..tu saja yang dapat saya bgi..gud luck! 






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

50 tips untuk menawan hati lelaki


haaliiuu...haaaa pada sepa-sepa yang masih belum berjaya menawan hati lelaki idaman kamurang..haaaa janganlah kamu sedih-sedih..

haaa..saya da tolong senaraikan tips-tips yang berguna untuk ladies-ladies di luar sana untuk mencuba kaedah-kaedah di bawah..berguna atau tidak..berkesan atau tidak..sekadar untuk men-sharing-sharing info sejaaa..haaa tingukla kamurang..:-)


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. (mulai skrg belajar pegang kuali yaa..haha joking sejaa..)
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai langkah pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.(ingat..jangan buat gitu yaa..)
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.(penting..!penting..!)
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!(tapi jangan yang dibuat-buat punya yaa..hehe)
  29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over (dalam segala tingkah laku) nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu.






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

20 tanda lelaki serius dalam percintaan


bagi saya..ni la 20 tanda kalao lelaki itu serius dalam percintaan..hehe ba baca-baca..jangan tak baca..:-)

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

50 perkara tentang lelaki


haliiuuu...hari ni sa mau share sikit tentang lelaki..haha memang kita tidak boleh memahami jantina lain sebab kita bukan mereka..so sedang-sedang sa blogwalking terjumpa pula artikel ni di blog ni..hehe

Harap-harap sedikit-sebanyak artikel ni boleh membantu ladies-ladies untuk faham lelaki lebih baik.. jadi sejauh mana kebenaran artikel ni mengenai lelaki? bacalah untuk tahu betul atau tidak...


  1. Lelaki tahu apa yang wanita inginkan namun bila setiap waktu lelaki terus mengikuti kemahuan wanita, tahap kesabaran ada hadnya.
  2. Lelaki senang bersifat romantis. Percaya atau tidak, lelaki senang memeluk dan memberi ciuman mesra sebanyak yang wanita inginkan. Lelaki hanya memerlukan suasana dan mood yang sesuai.
  3. Jika lelaki yang anda sayangi tidak menghubungi anda itu bukan bererti bahawa dia tidak menyukai anda, tetapi itu adalah cara lelaki merasa bahawa tidak semudah itu mendapatkan mereka. Tentu saja lelaki senang jika ada wanita yang menelefon mereka terlebih dahulu. Kadang kala lelaki senang dengan wanita yang agak agresif.
  4. Lelaki suka membuat wanita merasa selesa secara fizikal mahupun emosi, namun anda harus memberitahu lelaki apa yang anda ingin lelaki lakukan. Lelaki bukanlah makhluk yang serba tahu, namun jika anda mengatakan secara jelas apa yang anda inginkan dan harapkan umpamanya anda ingin disentuh, percayalah lelaki tidak akan menolak.
  5. Lelaki tidak peduli akan penampilan. Jika wanita tidak peduli penampilan lelaki maka lelaki juga tidak akan ambil kisah. Pada dasarnya lelaki adalah makhluk yang tidak rapi. Lelaki akan berpenampilan lebih baik demu wanita yang dia cintai. Tapi jika anda membiarkan lelaki, maka jangan hairan jika lelaki senang membiarkan diri tampil ringkas seperti seadanya.
  6. Kadangkala lelaki senang jika wanita berperanan sebagai ibu mereka. Kaum lelaki juga memiliki sifat keanak-anakan dalam diri mereka. Mereka senang dipeluk dan diberi masakan yang enak. Sejujurnya lelaki tidak keberatan menolong jika anda mengingatkannya akan janji temu dengan doktor gigi.
  7. Lelaki tidak keberatan didandan. Sebetulnya lelaki berharap anda akan memberitahu pakaian apa yang dikenakan.
  8. Lelaki juga takut terluka. Setiap lelaki takut kehilangan seseorang yang disayangi.
  9. Lelaki suka membisu. Wanita berupaya untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Namun lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
  10. Lelaki tidak kompleks. Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan beerti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang      sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
  11. Jangan paksa lelaki. Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaannya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
  12. Lelaki berahsia dengan lelaki lain. Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain. Adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
  13. Lelaki pentingkan kejujuran. Seperti mana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumah tanggannya.
  14. Lelaki perlu keselesaan perasaan. Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita.
  15. Lelaki tidak suka dikritik. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
  16. Lelaki juga mahukan sokongan. Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan seperti kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang…” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang.”
  17. Lelaki mempunyai egonya sendiri. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
  18. Lelaki mesra tanpa beremosi. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas kemesraan seksual , kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.
  19. Lelaki suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya.
  20. Lelaki diumpan menerusi matanya. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki.
  21. Pujuklah dia walaupun terpaksa. Lelaki mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama hal membangkitkan perasaan.
  22. Lelaki mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
  23. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap sombong dan angkuh. Ini membuatkan lelaki jelak untuk mendampingi wanita.
  24. Lelaki menyenangi wanita yang pandai memasak kerana ia merupakan ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan wanita. Lelaki mengharapkan wanita yang akan menjadi isterinya mampu memasak untuk dirinya.
  25. Lakukan apa yang lelaki suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Cuba selami isi hatinya dan ketahui apa sebenarnya perkara yang dia suka dan tidak suka dalam hidup.
  26. Lelaki menyenangi wanita yang baik dan lemah lembut. Dengan kelembutan pada seorang wanita akan membuatkan lelaki cepat cair terutamanya dalam suasana yang tegang.
  27. Lelaki tidak suka dikongkong oleh wanita. Mereka rasa rimas dengan situasi tersebut dan tidak mahu kebebasan mereka disekat.
  28. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Perhatian mereka akan tertumpu hanya pada anda.
  29. Jaga  penampilan anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Jangan berpakaian selekeh, tidak kena pada gaya dan sentiasalah kelihatan cantik.
  30. Sering memberikan kad ucapan pada setiap kali hari istimewanya. Si dia akan terasa dihargai dan akan membalas huluran cinta anda.
  31. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu sayangi, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memikat dan menawan hati si dia.
  32. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama dengan mereka. Ini akan membuatkan dia bosan dengan sikap anda dan akan jadi menyampah.
  33. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Lelaki suka dengan perempuan yang pandai membawa diri dan mereka rasakan wanita seperti ini boleh dijadikan isteri.
  34. Lelaki amat menyenangi wanita yang berdikari. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  35. Jangan suka bercakap perkara yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. Mereka akan terasa rugi, sia-sia dan membuang masa apabila bersama anda.
  36. Jangan bandingkan dia dengan lelaki lain yang pernah kamu kenali. Pantang bagi lelaki jika mereka dibandingkan dengan orang lain dan mereka terasa ego mereka tercabar.
  37. Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata yang romantik. Lelaki juga sama seperti kanak-kanak yang perlu dimanja, dibelai dan dijaga hatinya.
  38. Bunyi derap kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. Ia mampu membuatkan lelaki berpaling melihat anda dengan mata tidak berkelip.
  39. Lelaki tidak suka jika wanita mengenakan mekap yang terlalu tebal. Lelaki lebih tertarik dengan kecantikan dan keindahan semula jadi wanita.
  40. Lelaki suka wanita yang tahu menghormati dan pandai mengambil hati ibu, ayah dan keluarganya.
  41. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku amat diperlukan. Namun, kadang-kadang perlu juga untuk bersikap manja.
  42. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu menunjuk bahawa dia terlalu baik dan sempurna. Ini membuatkan lelaki berasa jelak dan bosan dengan perangai kamu.
  43. Lelaki akan rasa meluat jika wanita perasan mempunyai paras rupa yang jelita. Ini seolah-olah menunjukkan anda ini seorang yang perasan dan bangga diri.
  44. Lelaki akan mencari wanita yang tahu berjimat cermat dan sederhana untuk dijadikan isteri.
  45. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu. Kulit yang bersih melambangkan anda seorang yang prihatin tentang kecantikan diri.
  46. Lelaki tidak suka wanita bersikap kuno. Ini akan membuatkan lelaki rasa tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan denganmu dan menganggap wanita ini bebal.
  47. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama agar dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah dan dapat menjadi isteri solehah.
  48. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. Ini akan membuatkan lelaki rasa meluat dan bengang dengan sikap kamu. Ubah sikap buruk anda.
  49. Lelaki suka wanita yang tidak terlalu meminta dan tidak materialistik. Terima seadanya.
  50. Lelaki menyukai wanita yang berani membuat pembaharuan dalam melayari hubungan intim.







Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

30 perkara perempuan yang terpendam dari lelaki


haaliiuuu...entri kali ni sa share dari blog ini..blog tu dia coretkan tentang perempuan yang membuatkan sa interested betul mau baca..hehe percaya atau tidak artikel ni jom kita baca sama-sama..:-)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna
dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.








Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

50 perkara mengenai lelaki dan perempuan


haaliiuuu...entri kali ni sa share dari blog ni..sa rasa interesting sangat baca fakta-faktanya. so saja-saja mau post untuk sharing-sharing seja..hehe

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari 
(misal : penggunaan alat baru).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggung, lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan (intuisi) dan kiri (logik) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar keringat/peluh (yang menghasilkan bau badan)daripada lelaki.

14. Kemampuan deria rasa lelaki untuk mengecam rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan cermin mata dan lensa kontak, antara usia 16–44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar
dibanding lelaki.

21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran napasnya 30% lebih besar.

23. Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, lelaki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48% lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22% pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, lelaki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62% wanita, 49% lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.

31. 30% wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita
menjauhi.

34. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri “Saya” dibanding lelaki.

39. Lelakilebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99% pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86% oleh lelaki, 95% penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi/dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55% wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40% pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

44 perkara menarik mengenai cinta


Halliiiuuuu...tetiba sa mau share something yang sa terjumpa satu artikel yang menarik di blog ni..rajinnya sa buat blogwalking kan..joging-joging pi blog orang..haha haha artikel kali ni tentang aahhh tidak payah mau taip lagi kan tu di atas suda terang-terang ada tajuknya..baca seja lah yeerrr...


1.       Suatu ketika dahulu, peluh adalah salah satu ramuan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi dan potions cinta.

2.       Montezuma, ketua Mexico menganggap coklat  ialah "love drug" dan beliau minum 50 cawan coklat setiap hari sebelum beliau melawat Harem yang mempunyai 600 wanita.

3.       Ahli-ahli sains berpendapat bahawa kebanyakan orang akan jatuh cinta kira-kira tujuh kali sebelum kahwin.

4.       Sesetengah individu yang mendakwa tidak pernah mempunyai rasa cinta romantik menderita dari hypopituitarism, penyakit yang jarang berlaku yang tidak membenarkan seseorang untuk merasakan keghairahan daripada cinta.

5.       Putus cinta sering membawa kepada "tarikan kekecewaan," yang menyebabkan seorang individu semakin cinta terhadap orang yang memutuskan cinta itu.

6.       Istilah "cinta" berasal dari perkataan Sanskrit iaitu lubhyati, yang bermaksud keinginan.

7.       Cincin pertunangan selalu dipakai pada jari keempat tangan kiri kerana orang Greek purba menegaskan bahawa jari tersebut mengandungi amoris vena, atau "urat cinta," yang berjalan lurus ke jantung. Cincin perkahwinan pertama direkodkan muncul di Mesir purba, dengan bulatan yang mewakili cinta selamanya.

8.       Cecair air mani berpotensi menyumbang kepada cinta romantis.Laporan menunjukkan bahawa cecair yang mengelilingi sperma mengandungi dopamine ("bahan kimia keseronokan") dan norepinephrine serta tyrosine, asid amino yang diperlukan otak untuk mengeluarkan dopamine.

9.       Simbol yang mewakili kasih sayang, Cupid (atau Eros) dikatakan  telah datang dari 'Chaos'  dan mewakili kuasa-kuasa primitif kasih sayang dan keinginan.

10.   Perkataan "lesbian" berasal dari Pulau Lesbos di Greek, di mana Sappho, seorang penyair wanita yang terkenal telah membuat satu sajak untuk kekasihnya yang juga seorang wanita.

11.   Bunga ros adalah simbol kepada cinta. Tetapi ianya bergantung kepada warnanya kerana setiap ros mewakili rasa cinta yang berbeza. Sebagai contoh, mawar merah menunjukkan cinta sejati. Merah jambu menunjukkan keinginan, dan minat. Merah jambu gelap menunjukkan rasa terima kasih. Mawar kuning boleh bermakna persahabatan atau iri hati.

12.   Lelaki Eropah tanpa disedari sering mencari wanita dengan ukur lilitan pinggang adalah  70% daripada pinggul mereka.

13.   Apabila seseorang jatuh cinta, kawasan berkenaan ventral tegmental dalam otak akan membanjiri caudate nucleus dengan dopamin. caudate nucleus kemudiannya menghantar isyarat untuk dopamine yang lebih banyak( semakin tinggi paras ​​dopamin, semakin seseorang itu merasa di awang-awangan. Sistem yang sama diaktifkan apabila seseorang mengambil cocaine.

14.   Apabila seseorang berjumpa dengan cinta baru, litar saraf yang biasanya dikaitkan dengan pertimbangan sosial dalam keadaan tertekan. Ini menjawab persoalan mengapa anda kelu atau gugup apabila berjumpa dengan seseorang yang anda sayangi.

15.   Sejak zaman purba Greek, epal telah menjadi simbol cinta. Orang-orang Celt percaya bahawa epal mewakili cinta kerana ia kekal lama apabila dipetik berbanding dengan buah lain.

16.    Satu kajian ke atas pelajar-pelajar kolej yang baru sahaja putus cinta menunjukkan mereka mempunyai aktiviti yang kuat di dalam otak yang berkaitan dengan korteks sempit, iaitu bahagian otak yang mengawal rasa kesakitan fizikal.

17.   "Four-leaf Clover" sering dianggap sebagai nasib baik, tetapi ia juga sebahagian daripada ritual cinta Ireland. Di sesetengah tempat di Ireland, jika seorang wanita makan "Four-leaf Clover" sambil berfikir tentang seorang lelaki, kononnya lelaki tersebut akan jatuh cinta padanya.

18.    Kajian menunjukkan bahawa jika seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita yang dalam keadaan bahaya (dan sebaliknya), seperti di atas jambatan menggeletar, dia lebih cenderung untuk jatuh cinta kepadanya daripada jika dia bertemu dalam suasana yang lebih biasa, seperti di dalam  pejabat.

19.   Halangan dan rintangan sering kali merupakan satu elemen penting dalam cinta. Kadang-kadang dipanggil "kesan Romeo dan Juliet,", cabaran atau halangan mungkin untuk memperhebatkan keghairahan seseorang terhadap yang tersayang.

20.   Lelaki dan wanita dengan wajah-wajah yang sangat simetri cenderung mempunyai lebih banyak kekasih untuk dipilih. Wanita juga cenderung untuk mempunyai lebih banyak kepuasan dengan lelaki berwajah simetri.

21.   Masa secara lazim mempengaruhi cinta. Seseorang adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta jika mereka mula mencari sesuatu yang baru dalam hidup, keinginan untuk meninggalkan rumah, kesepian, berseorangan di tempat asing, melangkah ke peringkat baru kehidupan sama ada secara kewangan dan psikologi, serta bersedia untuk berkongsi hidup atau memulakan sebuah keluarga.

22.   Wanita di seluruh dunia adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta dengan mereka yang mempunyai cita-cita, pendidikan, kekayaan, kemashyuran, pangkat, mempunyai 'sense of humor' lebih tinggi daripada dirinya. Semasa ovulasi, wanita menjadi lebih berminat pada lelaki yang tampil maskulin.

23.   Lelaki yang asyik bercinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian visual otak, manakala wanita yang asyik cinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian otak yang mengawal memori.

24.   Dianggarkan bahawa 40-70% daripada kes pembunuhan wanita dilakukan oleh kekasih dan pasangan suami isteri.

25.   Dalam satu tinjauan  di Amerika, 60% lelaki Amerika yang telah berkahwin berkata mereka telah tidak setia, berbanding dengan 40% daripada wanita Amerika.

26.   Daun maple adalah simbol cinta di China dan Jepun dan di Amerika Utara, ia sering diukir di atas katil oleh pengukir suatu ketika dahulu untuk menggalakkan tidur yang aman dan tenang.

27.   Ahli-ahli sains berpendapat bahawa dengan merenung ke mata orang adalah faktor penting yang membuatkan seseorang itu jatuh cinta. Dalam satu eksperimen, perempuan dan lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain telah ditempatkan bersama-sama di dalam sebuah bilik selama 90 minit  dan membiarkan mereka bercakap mengenai perkara-perkara perbadi dan kemudian merenung ke dalam mata masing-masing tanpa bercakap. Mereka kemudiannya merasakan tarikan yang mendalam antara satu sama lain, dan mereka berkahwin 6 bulan kemudian.

28.   Nafsu keinginan untuk jatuh cinta sama seperti nafsu seks dan kelaparan.

29.   Otak yang mengawal kasih sayang dan otak yang mengawal nafsu adalah tidak sama. Gambar lucah mengaktifkan hypothalamus (yang mengawal lapar dan dahaga) dan amygada (ransangan) sekitar kawasan otak. Cinta mengaktifkan kawasan otak dengan kepekatan tinggi reseptor untuk dopamine (dikaitkan dengan keghairahan, keinginan, dan ketagihan) dan norepinephrine.

30.   Banyak budaya menggunakan ikatan knot sebagai simbol cinta abadi yang tidak mempunyai pengakhiran. Dahulu, wanita Islam muda akan menghantar mesej cinta kepada kekasih mereka yang mempunyai knot.

31.   Masa bercinta yang lebih panjang sebelum berkahwin, mempunyai peluang cerah untuk perkahwinan yang lama. Orang yang popular pula lebih cenderung untuk bercerai.

32.    Cinta tidak semestinya jaminan bahawa perkahwinan akan kekal. Faktor-faktor lain umur setiap pasangan (satu suami yang adalah sembilan tahun atau lebih tua daripada isterinya atau yang berkahwin sebelum umur 24 tahun adalah lebih berkemungkinan untuk bercerai), orang-orang yang berkahwin untuk kali kedua atau ketiga, orang-orang yang mempunyai kanak-kanak sebelum berkahwin, dan faktor kewangan.

33.   Cinta romantis hanya mampu bertahan lebih kurang setahun, mungkin kerana otak tidak boleh selama-lamanya mengekalkan keadaan romantis. Untuk memastikan keghairahan tersebut berkekalan, pakar-pakar mencadangkan melakukan aktiviti-aktiviti yang memuaskan dan menarik bagi setiap pasangan.

34.   Tahap testosteron yang tinggi boleh menekan oxytocin dan vasopressin (bahan kimia yang dikaitkan dengan kasih sayang), yang mungkin menjelaskan mengapa orang-orang yang mempunyai paras testosterone yang lebih tinggi cenderung untuk tidak berkahwin, suka mendera pasangan selepas berkahwin, dan meminta cerai. Apabila seorang lelaki memegang bayi, paras testosteron akan turun, mungkin kerana hasil daripada peningkatan oxytocin dan vasopressin.

35.   Wanita sering berasa disayangi apabila bercakap bersemuka dengan pasangan mereka, lelaki, sebaliknya, berasa emosi dekat apabila mereka melakukan sesuatu bersama-sama dan bercakap secara bersebelahan.

36.   Untuk kekal dalam cinta untuk seumur hidup, ahli terapi menasihati pasangan untuk mendengar secara aktif luahan pasangan anda, bertanya soalan, memberi jawapan, menghargai, kekal menarik, semakin bijak, memberinya / privasi beliau, jujur ​​dan boleh dipercayai, beritahu pasangan anda apa yang anda perlukan, menerima / kelemahan masing-masing, hormat, tidak pernah mengancam untuk berpisah dan berkata "tidak" kepada mendua.

37.   Lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk fleksibel dalam pilihan romantis mereka ketika mereka menjalin hubungan jangka pendek. Tetapi mereka lebih  memilih apabila ingin mencari seseorang yang ingin dijadikan teman hidupnya.

38.   Satu kajian yang dilakukan mendapati pasangan di seluruh dunia lebih cenderung untuk bercerai dalam masa 5 tahun yang pertama selepas mereka berkahwin. Selepas daripada itu, perkahwinan akan mula stabil sehinggalah lebih kurang tahun ke 8 bersama.

39.   Bercinta mewujudkan tahap dopamine dan norepinephrine yang tinggi. Berputus asa yang berkaitan dengan cinta yang tak berbalas dikaitkan dengan tahap yang dopamine yang rendah. Untuk meningkatkan dopamin, mereka yang ditolak cintanya perlu bersukan. Cahaya matahari adalah satu lagi 'mood lifter', dan tersenyum juga mampu mengaktifkan laluan saraf yang boleh memberi perasaan tenang.

40.   Salah satu ramalan cinta yang paling tepat adalah keakraban. Keakraban fizikal akan membawa kepada peningkatan emosi, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendengar kisah-kisah bos yang jatuh cinta dengan setiausaha mereka. Sebaliknya, ahli-ahli sains berfikir bahawa pada masa kritikal di peringkat kanak-kanak (umur antara 4-6), kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tinggal di kawasan yang berdekatan kehilangan keupayaan mereka untuk jatuh cinta dengan satu sama lain.

41.   Kama Sutra (cinta & peraturan) adalah teks purba cinta dalam bahasa Sanskrit kesusasteraan yang ditulis oleh Mallanaga Vatsyayana di sekitar abad kedua Masihi. Kama ialah dewa kasih sayang Hindu dan juga bermakna keinginan. Sutra adalah rujukan ataupun manual untuk melakukan sesuatu.

42.    Hati adalah simbol kebiasaan bagi cinta. Ahli kimia purba menggunakan simbol hati untuk jampi kasih. JHati tersebut boleh mewakili satu segi tiga terbalik di mana kasih sayang dicurahkan atau dibawa. Dalam Buddhisme, segi tiga tersebut merupakan doa tenaga kasih sayang yang berkaitan dengan ketuhanan. Hati  juga melambangkan sayap seekor merpati, yang telah dikorbankan di Israel kuno sebagai tanda kasih sayang dan juga sebagai simbol Aphrodite, dewi Greek love.

43.   Secara purata, lelaki di seluruh dunia berkahwin dengan wanita yang tiga tahun lebih muda daripada diri mereka sendiri. Di Amerika Syarikat, lelaki yang berkahwin semula biasanya memilih seorang isteri yang lima tahun lebih muda, jika mereka berkahwin kali ketiga, mereka sering berkahwin dengan seseorang yang lapan tahun lebih muda daripada mereka.

44.   Kajian menunjukkan bahawa "secret admire" yang didedahkan dapat meningkatkan perasaan yang romantis terhadap pasangan, terima kasih kepada tahap peningkatan phenylethylamine (PEA)








Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014