Kenali kitaran haid dan waktu subur..!



Selamat petang..!! hehe..petang ni sa tiba-tiba la pula teringat 1 topik ni kan..pas tu google di internet pasal topik tu...ni la pasal kitaran haid wanita dan waktu suburnya...hmmm sebenarnya sa sendiri pun tidak berapa tau la pasal kitaran haid wanita ni...tidak berapa bijak mau kira-kira..tapi sebagai perempuan sa mesti belajar juga...

Untuk mengenali lebih dalam kitaran haid ni, kita mestilah perlu tau dengan betul. Baik bagi lelaki mahupun perempuan sendiri...

Kenapa perlu tau waktu subur?
1. untuk memudahkan dapat zuriat
2. untuk mengelak dapat zuriat(bagi yg merancang jumlah ahli family la)

Kitaran haid:
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat 4 fasa dalam kitaran haid:
Fasa pertama: Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Fasa kedua: Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Fasa ketiga: Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Fasa keempat: Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


Baiklah..itu pasal kitaran haid..suburnya bila?? hahahahahaa

Bilakah Waktu Subur? Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya. Bilakah waktu tepat ianya berlaku? Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.


ok..yang warna putih itu ialah kalendar..perhatikan warna pink itu ialah hari datang haid (7/4) kan?

yang warna hijau tu ialah waktu subur (20/4)..

perhatikan waktu datang haid untuk bulan 5 jatuh pada 5/5 (lebih awal) dan waktu subur pula 18/5 lebih awal berbanding bulan april...(itu pun jika kitaran haid kamu selama 28 hari)..sebab tiap wanita mempunyai kitaran haid masing-masing..


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. 

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Tuhan menciptakan sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

sooo..tu jela pasal kitaran haid..waahhh lepas baca pasal artikel ni..barulah faham sikit-sikit..hehehehe..






Attuuukkooii..! panat boh gia menaip entri ni..:-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT OF LITTLE RAINBOW STORY 2010 - 2014