Penentuan unsur seseorang boleh ditentukan dengan zodiaknya. Percaya atau tidak? Mak tau apa rahsia unsur anda? Mari lihat zodiak anda...
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo
(24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa
WANITA API Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).
Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan
WANITA ANGIN Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).
Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja
WANITA AIR Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri
No comments:
Post a Comment