Haliiuuuu...hari ni tetiba pula rajin buat blogwalking. Sedang-sedang sa pgi terjah blog orang terjumpa la pla fakta menarik ni.. SENYUM..!!! rupanya senyuman tu pun ada faktanya tau..nak tau? haaa baca lah kamurang sendiri...
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak
kebaikan kepada kesihatan.
Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita
gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui
sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus
(bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka
berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri
sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24
jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa.
Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit
serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang
baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress
yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan
badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat.
Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’
dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B
(yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan.
Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,
kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan
dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300
responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang
ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia
melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka
serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran
Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar
pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa
memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan
lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga
untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG
SEMPURNA KEMBANGNYA”.
No comments:
Post a Comment